Babi Serang Perpustakaan MMU Cyberjaya (6 Gambar) | Cyberjaya, 5 Jan: Seekor babi hutan telah 'menyerang' perpustakaan Universiti Multimedia kira-kira jam 1.30 petang tadi.
Kerana kekecohan yg terjadi, semua pelajar yg berada di dlm perpustakaan itu diminta keluar bagi membenarkan pihak bomba menangkap haiwan liar tersebut.
Menurut Ketua Pustakawan MMU, Kamal Sujak, babi itu kecundang setelah bergelut dgn bomba selama dua jam di dlm perpustakaan terbabit.
"Bahagian utama perpustakaan itu terpaksa ditutup disebabkan keadaan berselerak akibat usaha menangkap haiwan itu.
"Binatang liar ni mungkin tersesat dari kawasan hutan berdekatan memandangkan pembangunan pesat sekitar Cyberjaya," katanya.
Menurut Kamal lagi, ruang bacaan utama tetap akan dibuka seperti biasa - Siakapkeli.com.my
0 Response to "Babi Serang Perpustakaan MMU Cyberjaya (6 Gambar)"
Post a Comment