This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

fakta dajjal Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda


fakta dajjal Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
Lokasi segitiga bermuda


Dalam buku tulisan Muhammad Isa Dawud (MID) yg bertajuk Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda, perihal Dajjal / Samirah telah dikemukakan dgn hujah yg begitu dramatik sekali. Huraian, fakta dan hujah MID dlm bahagian asal usul Dajjal amat baik sekali dan terdapat banyak fakta-fakta terbaru yg dikemukakan. Antara fakta yg paling besar hikmahnya ialah cerita Samiri membina patung anak lembu. Dahulunya kita semua kurang ambil kisah tentang kisah Samiri, kita cuba mengetahuinya sebagai penyesat Bani Israel. Tetapi kini, rahsia penonjolan nama Samiri dlm Al-Quran sudah TERBONGKAR, Samiri adalah ad-Dajjal dan Dajjal adalah Samiri. Cuma nama Dajjal adalah sebagai gelaran dan Samiri adalah nama sebenar.

Pada Bab 1, buku ni menampilkan tajuk Dajjal : Kelahiran, Pertumbuhan dan Kehidupan Khasnya Yang Membentang Luas. MID semasa memulakan bab ni berkali-kali memperingati para pembaca akan kesan pendedahannya itu.

Beliau sedar bahawa apa yg didedahkan akan memporak-perandakan pemikiran-pemikiran jumud sesetengah umat Islam tentang Dajjal. Beliau jg sedar bahawa pendedahan yg bakal dilakukan akan menimbulkan kesangsian yg mendalam. Namun semua penjelasan itu mungkin sedikit mententeramkan keadaan apabila ada bukti-bukti bertulis dari manuskrip-manuskrip kuno yg telah dibuat kajian.

Bab ni mendedahkan sejarah jelas akan hadith yg bermaksud berikut:
“Ayah dan ibu Dajjal itu melalui perkahwinan selama tiga puluh tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak laki-laki yg buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yg paling merbahaya dan paling sedikit manfaatnya, kedua matanya tertidur tetapi hatinya tetap terjaga.”

(Riwayat Imam Ahmad)
Daripada hadith di atas Muhammad Isa Dawud (MID) menjelaskan secara terperinci akan keluarga Dajjal yg berasal dari kampung bernama Samirah di Palestin. Kampung ni kemudian harinya akan menjadi pusat pemerintahan empayar Islam pd zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman a.s.

Dalam pendedahan itu, MID mengisahkan kelahiran Dajjal bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Menurut MID, ibu bapa Dajjal adalah dari baka anak luar nikah yg lahir dari kesedudukan haram sesama mahram.

fakta dajjal Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
Mereka berdua jg penyembah patung lembu yg ketika itu agama berhala bagi bangsa Yahudi di Palestin sebelum kelahiran Musa. Ibu bapa Dajjal telah melakukan penyembahan dan berdoa kepada patung lembu mereka untk mendapatkan anak.
Setelah 30 tahun maka lahirlah seorang anak yg diberi nama Samiri. Nama itu diberi sempena nama kota Samirah tempat tinggal mereka.
Setelah sampai beberapa ketika, Allah menurunkan bala ke atas penduduk kampung itu. Semua penduduknya yg engkar ajaran Nabi Ibrahim telah dimusnahkan oleh para malaikat.
Namun demikian, Allah mengarahkan Jibril a.s. menyelamatkan anak kecil bernama Samiri dan diletakkannya di sebuah pulau terpencil di laut Syam. Di pulau itu, seekor binatang besar bernama Al-Jasasah bersama Jibril memelihara Samiri atas arahan Allah SWT. Samiri tinggal di pulau itu dan belajar ilmu-ilmu Tauhid dari AL-Jasasah. Kisah binatang itu ada dijelaskan dlm sebuah hadith yg mengisahkan Tamim Ad-Dhari terdampar di sebuah pulau dan berjumpa binatang berbulu.

Sehingga suatu waktu, Samiri keluar merantau ke luar dari pulau dgn menumpang sebuah kapal yg kebetulan berlabuh di pulau itu. Maka sejak itu, Samiri mula mengenal masyarakat dunia.
Seratus tahun selepas itu, maka lahirlah Nabi Musa di Mesir. Samiri berangkat ke Mesir kerana terdengar kehebatan Firaun dan dakwah Nabi Musa. Samiri yg buta sebelah itu bekerja sebagai khadam di sana. Dia melihat segala perkara yg berlaku di Mesir.


fakta dajjal Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
Hatta dia jg mengikut bersama pengikut-pengikut Nabi Musa lari ke Laut Nil untk menyelamatkan diri dari kejaran tentera Firaun. Nabi Musa jg tak tahu bahawa salah seorang pengikut yg menyertai rombongan mereka itu ialah Samiri.
Semasa Nabi Musa meninggalkan Bani Israel bersama Nabi Harun, maka disitulah terjadinya suatu peristiwa berpaling tadah kaum Bani Israel. Samiri telah mempengaruhi Bani Israel agar kembali menyembah berhala dgn membina patung lembu betina. Kisah ni telah pun dicatatkan dlm al-Quran surah Ibrahim.



fakta dajjal Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
Menurut Muhammad Isa Dawud, Dajjal melewati pelbagai negeri yg mempunyai sempadan pantai dan laut. Perjalanan Dajjal merentasi pelbagai negeri ni adalah untk mencari penduduk-penduduk yg dirasakan boleh menerimanya sebagai Tuhan / setidak-tidaknya Anak Tuhan. Itulah nafsu tertinggi bagi dirinya dlm mencari kepuasan di dunia yg telah ia kembarai sejak sekian lama.

Bab 3 dlm buku ni jg menyentuh mengenai Dajjal yg telah menemui suatu kaum yg dirasakan nya mampu bagi ia menyamar diri sebagai tuhan mereka. Kaum ni ditemui olehnya di sebuah daerah di Amerika Selatan.


fakta dajjal Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
Namun begitu, ia masih tak puas. Dajjal mahu kekuasaannya dianggap sebagai tuhan lebih hebat dari Firaun yg pernah dilihatnya. Maka Dajjal meneruskan perlajanan ke seluruh kawasan khususnya di pantai Miami sekitar abad ke-8 M. Ideologi penyembahan dirinya sebagai tuhan disebar seluas-luasnya. Penduduk amat percaya kerana kebijaksanaan dan ilmu yg dimilikinya.

fakta dajjal Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
Salah satu perkara penting dlm bab ni ialah ia menjelaskan tentang berlakunya penemuan Dajjal terhadap kawasan Segitiga Bermuda yg didiami oleh Iblis. Menurut Muhammad Isa Dawud, di sinilah bermulanya semua perencanaan konspirasi seluruh dunia.

Dalam Bab 3 yg bertajuk Benteng Dajjal Di Segitiga Bermuda Dan Masalah Mesir, MID memulakan penulisannya dgn al-Baqarah, yg bermaksud; bicaranya dgn memetik ayat 30 dari surah

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di (muka) bumi,” Muhammad Isa Dawud cuba menyimpulkan mengapa Dajjal memilih Segitiga Bermuda?. Pada penyelidikan beliau, Dajjal memilih menetap di air kerana Dajjal sudah mahir akan selok-belok air sejak sekian lamanya. Tambahan pula, si laknat itu memang tinggal dan membesar di pulau kecil yg jauh terpencil dari tanah besar.

fakta dajjal Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda
Dajjal dilihat berjaya membina satu penempatan khusus olehnya walaupun tempat yg dipilih itu sudah pun dipelopori oleh Iblis laknatullah. Muhammad Isa Dawud percaya Dajjal membina penempatan yg penuh saintifik diluar jangkaan kemampuan pemikiran manusia. Proses pembinaan itu menurutnya telah dibantu oleh jin dan syaitan sendiri. Menurut beberapa manuskrip kuno Yahudi, yg masih disimpan terun-temurun oleh beberapa buah keluarga Yahudi, ketika berlakunya kejaran Firaun dan tenteranya keatas pengikut-pengikut Nabi Musa as, Samiri yg turut sama berada dlm kumpulan itu telah terlihat 'lukisan-lukisan aneh' yg berada didalam Laut Nil. Lukisan-lukisan aneh itu dipercayai sebagai lukisan peninggalan bangsa-bangsa jin yg telah dimusnahkan sebelum wujudnya manusia di muka bumi ini. Bermula dari situlah, Dajjal sudah mengenali suatu bangsa yg mampu memberinya bantuan yg tak mampu diberi oleh manusia biasa.

Namun ada sesuatu yg menarik tentang pandangan MID mengenai proses bantuan dari jin dan syaitan ini. Menurutnya, sejauh mana pun pertolongan yg diberi oleh syaitan dan jin, ‘pertolongan’ itu tak mungkin ‘melampaui’ permohonan Nabi Sulaiman a.s. Apakah permohonan Nabi Sulaiman a.s. itu?
Permohonan baginda dinyatakan secara jelas dlm al-Quran surah as-Shod, ayat 35.

“Wahai Tuhanku, ampunilah aku, berilah aku kerajaan (kekuasaan) yg tak layak (dimiliki) seseorang sesudahku …”

Sumber :

0 Response to "fakta dajjal Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *