This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Solat Tergesa-Gesa

lusihkas.blogspot.com - Soalan Assalamualaikum , saya ada 2 soalan
1)Adakah solat tergesa-gesa menjadikan solat itu tak sah?bagaimana kalau lupa akan perkara ni dan perlu ke solat kembali kesemua solat2 yg saya rsa saya solat tergesa - gesa?
2)Adakah boleh meludah dlm solat? Jawapan Waalaikumusalam,
A.Sesuatu solat yg anda kerjakan itu dikira sah jika anda mampu melaksanakan 13 rukun dlm solat tanpa tercicir.Manakala sifat tergesa-gesa itu sebenar anda sedang mewarisi sifat iblis dan syaitan.
Kedua makhluk Allah ini, akan berusaha mengganggu tumpuan anda untk bersifat tenang ketika solat, sebaliknya ia berusaha untk mengacau dan mengganggu di sepanjang anda sedang solat.Syaitan akan berusaha untk merosakkan pahala solat yg sedang anda kerjakan.
Dalam hubungan ni para ulamak dlm bidang fekah , telah meminta tiap orang yg ingin menunaikan solat supaya membaca ayat-ayat berikut, bagi menghindarkan diri mereka daripada gangguan iblis dan syaitan iaitu:
1.Ayat kursi, al-Baqarah 255
2.Surah al-Ikhlas
3.Surah al-Falaq
4.Surah al-Nas
B.Harus /boleh anda meludah ke arah ke kiri secara maknawi-simbolik, iaitu tanpa mengeluarkan air ludah.Perkara ni sebagaimana yg telah disarankan oleh baginda saw. dan bukannnya berludah ke hadapan yg menjadi tempat sujud / ke kanan.Wallahu a'lamm

other source : http://bbc.co.uk, http://dailymotion.com, http://insafislam.blogspot.com

0 Response to "Solat Tergesa-Gesa"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *