This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Video : Suspek Menyedari Hakim merupakan Rakan Sekelasnya - Kpop

lusihkas.blogspot.com - ASSALAMUALAIKUM
SR baru je lepas tonton satu video yg sedang viral sekarang ni which is seorang hakim berjumpa rakan sekelas (pesalah) di makhamah. Dalam video tu nampak sangat yg pesalah tu malu dgn perbuatan dia bila dpt tahu Hakim tersebut merupakan rakan sekelasnya dahulu. Hakim tersebut ada berkata yg pesalah tersebut dahulunya seorang yg baik. Mungkin ada sebab kenapa dia berubah jadi macam tu. Dan kita, boleh ambil ikhtibar terhadap kejadian ini.

----------

Video ni memaparkan saat yg paling menyentuh emosi apabila suspek kes curi bernama Arthur Booth dan hakim yg mengadili kes beliau Mindy Glazer menyedari mereka berdua merupakan rakan sekelas di sekolah menengah yg sama. Hakim Mindy Glazer yg mengendalikan kes ni tiba-tiba bertanya kepada Arthur adakah dia bersekolah di Sekolah Menengah Natilus? Arthur tampak terkejut apabila Hakim melontarkan soalan itu kepadanya dan akibat malu dgn perbuatan jenayah yg dilakukan dia terus menangis sambil mengatakan Oh Tuhan beberapa kali. Hakim Mindy Glazer kemudiannya meluahkan rasa simpati terhadap Arthur dan tertanya-tanya mengapa dia boleh terjebak dlm kancah jenayah kerana beliau sangat mengenali Arthur dan mendakwa Arthur merupakan seorang budak yg baik dan cemerlang ketika di sekolah dahulu. Arthur dijatuhi hukuman denda sebanyak Usd43, 000 atas kesalahan mencuri dan merompak. Sebelum menamatkan sesi perbicaraan, Hakim Mindy Glazer sempat berpesan kepada Arthur agar tak lagi mengulangi kesalahan jenayah yg dilakukannya dan menjalani kehidupan dgn mematuhi undang-undang. Video yg viral di media sosial ni mendapat sehingga 6 juta tontonan dan rata-rata pengguna youtube memberikan komen positif tentang kisah mereka berdua ini. Sumber : sajakongsi

0 Response to "Video : Suspek Menyedari Hakim merupakan Rakan Sekelasnya - Kpop"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *