lusihkas.blogspot.com - TELUK INTAN - Padah mencuri, seorang wanita berusia 25 tahun ditangkap oleh ibu saudara pengantin di sebuah majlis perkahwinan di Kampung Selabak, tengah hari semalam ketika dia bergegas mahu keluar dari rumah itu.
Wanita yg mempunyai seorang bayi perempuan berusia tiga bulan itu mengaku telah lama menjalankan kegiatan mencuri di majlis-majlis perkahwinan yg dihadirinya.
Memetik laporan dari Sinar Harian, Rohana Osman, ibu saudara pengantin lelaki mula mengesyaki wanita itu setelah melihat dia merayau-rayau dlm rumah dgn keadaan yg mencurigakan.
"Saya lihat dia naik ke atas, tiba-tiba turun dgn tergesa-gesa dan menuju ke pintu utama keluar dari rumah. Saya kejar dia dan menarik beg tangannya. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati beg kulit berwarna hitam milik saya ada di dalamnya!" katanya yg terus menarik beg tangannya itu dari dlm beg wanita terbabit menyebabkan berlakunya adegan tarik menarik yg mengundang perhatian tetamu yg lain.
"Saya terus bertanya pd dia bagaimana beg saya boleh berada didalam tangannya. Dia menjawab dia mencurinya dan mengaku sudah terbiasa melakukan kerja-kerja terkuutuk ni di beberapa majlis kenduri kahwin orang lain sebelum ini, " katanya.
Rohana jg menemui sebuah lagi beg tangan kecil yg mengandungi wang tunai RM500 di dlm beg tangan wanita itu.
Bagaimanapun, wanita yg berasal dari Seberang Perak itu merayu agar perkara itu tak dilaporkan pd polis dan turut berjanji tak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.
Wanita itu diserahkan kepada polis Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir perak untk tindakan lanjut.
Bapa pengantin lelaki, Hassan Kamar berkata, dia tak mengenali dan tak pernah mengundang wanita itu datang ke majlis perkahwinan anaknya.
0 Response to "Wanita Kantoi Mencuri di Majlis Perkahwinan - seksi"
Post a Comment