This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

"Hati dan Hidup Saya Kini Hancur" - Alyah

"Hati dan Hidup Saya Kini Hancur" - Alyah | Kuala Lumpur: Tanda tanya mengenai gambar wanita di sebelah konduktor muzik dan komposer terkenal Datuk Ramli MS yg dimuat naik isterinya yg jg penyanyi Alyah di Instagram tadi terungkai apabila Alyah tampil membuat pengakuan wanita terbabit mendakwa sudah berkahwin dgn suaminya.
"Hati dan Hidup Saya Kini Hancur" - Alyah
Alyah ketika dihubungi Harian Metro turut mengucapkan tahniah kepada wanita yg dikenali dgn nama Siti Hafilah Che Kar kerana berjaya mengahwini suaminya.
Alyah berkata, dia menjumpai gambar itu di dlm telefon bimbit lama milik Ramli namun tak pasti bila mereka berkahwin.
"Hati dan Hidup Saya Kini Hancur" - Alyah
“Hati dan hidup saya sudah hancur. Dah tak bermakna lagi. Apa salah saya? Tidak cukupkah pengorbanan yg saya lakukan?” katanya.
Tahniah jg atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ni lama tetapi baru saja dpt bukti bergambar.Saya reda dgn apa saja yg akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.
Sebelum ni wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti. Umpama saya ni tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dgn orang lain tapi dgn saya tidak.
Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ni saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur.
Sementara itu, Ramli ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta wartawan bertanya sendiri kepada Alyah.
“Tanya dia kerana dia (Alyah) yg masukkan. Saya tak nak komen apa-apa. Anda kena faham saya tak tahu apa-apa kerana gambar ni dia yg masukkan. Saya minta maaf,” katanya.

0 Response to ""Hati dan Hidup Saya Kini Hancur" - Alyah"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *