Getah Mainan Loom Band Mengundang Kanser? - Perhatian kepada peminat kraf dan pemainan getah berwarna-warni ‘loom band‘. Produk yg menjadi kegilaan seluruh dunia dikatakan mengandungi bahan kimia karsinogenik yg boleh mengundang kanser.
Pendedahan yg disiarkan di sebuah program televisyen Britain, BBC Midlands Today melaporkan produk tersebut mengandungi 40 peratus phthalates.
Ini menyebabkan peruncit mainan bebas terbesar di negara itu, The Entertainer, menarik balik semua produk ‘loom band‘ dari 92 kedainya di seluruh negara.
Phthalates, bahan kimia yg mempunyai keupayaan mengganggu hormon, digunakan terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.
Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan, pengawalan terhadap produk ni di Malaysia masih tak jelas.
Ini kerana getah aneka warna ditenun menjadi gelang, tak diklasifikasikan sebagai kategori mainan untuk mematuhi Standard Keselamatan bagi Mainan Kanak-Kanak 2010 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk diambil sebarang tindakan
“Getah ‘loom band’ adalah aksesori dan tak bertujuan untuk dimasukkan ke dlm mulut. Ia perlu diklasifikasikan sebagai mainan sebelum pihak berkuasa boleh berbuat apa-apa,” katanya memetik laporan portal berita Awani.
Ia adalah hasil ciptaan seorang rakyat Malaysia, Ng Cheong Choon, yg menetap di Detroit, Amerika Syarikat. Produk itu telah popular sejak tiga tahun lalu melalui syarikatnya, Rainbow Loom, dgn jualan melebihi empat juta unit di seluruh dunia.
0 Response to "Getah Mainan Loom Band Mengundang Kanser?"
Post a Comment