Remaja Parah Dibaling Bom Buatan Tangan Di Klang (7 Gambar) | Menerusi laman sosial, mangsa dikatakan bernasib malang apabila terkena bom buatan tangan dlm kejadian yg berlaku di sebuah Stesyen Shell di Klang.
Pada awal kejadian, mangsa didakwa dlm perjalanan dari Bukit Tinggi Klang dgn menaiki kenderaan bersama 2 orang rakan. Sebaik berhenti disebuah stesyen Minyak Shell, kenderaan yg dinaiki mangsa telah dibaling dgn sebuah objek oleh suspek yg menunggang motosikal.
Mangsa yg menyedari insiden tersebut, cuba membaling keluar objek tersebut daripada kenderaan sebelum ianya sempat meletup di tangan mangsa. Mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian tangan dan kini dilaporkan stabil. Kisah itu turut diceritakan oleh waris mangsa iaitu Anson Ho menerusi laman sosial Facebook.
http://siakapkeli.com
0 Response to "Remaja Parah Dibaling Bom Buatan Tangan Di Klang (7 Gambar)"
Post a Comment