Video : Rakaman Saat Harimau Membaham Seorang Pelajar di India | Seekor harimau putih menerkam seorang pelajar sekolah dan membahamnya di sebuah zoo di New Delhi semalam.
Menurut laopran daripada Republika Online, saluran-saluran televisi menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yg menunjukkan pelajar lelaki tersebut ketakutan di dlm kandang yg menempatkan enam ekor harimau putih, bersama singa dan harimau kumbang.
“Kami semua sangat terkejut,” kata Pengarah Taman Zoo Kebangsaan Amitabh Agnihotri di ibu kota India, beliau menambahkan bahawa mayat pelajar tersebut akan dihantar untuk dibedah siasat.
Pelajar berkenaan kelihatan ketakutan sebelum maut diserang harimau putih tersebut. Gambar AFP, September 23, 2014.
“Harimau menerkam pelajar lelaki itu dan membunuhnya. Saya tak jelas apakah dia melompat masuk ke dlm kandang / tak sengaja tergelincir.”
Pihak berkuasa belum memastikan apakah pelajar itu datang sendiri / bersama teman-temannya. “Penghadang ni terlalu rendah dan nampaknya seperti harimau itu menyambar mangsa ke dlm kandangnya dan menerkam pelajar itu di lehernya,” kata seorang saksi yg melaporkan kejadian itu pd pihak polis.
“Kami cuba melempar batang kayu dan batu ke arah harimau putih berkenaan namun gagal menyelamatkan mangsa,” katanya dgn menambahkan harimau itu membunuh pelajar tersebut dlm tempoh kurang dari 10 minit.
Pada 2000 seekor harimau menerkam seorang lelaki di sebuah zoo di wilayah timur, Bengal Barat. Pada 2011, India memiliki 1.706 ekor harimau / lebih dari separuh populasi yg terdapat di seluruh dunia.
0 Response to "Video : Rakaman Saat Harimau Membaham Seorang Pelajar di India"
Post a Comment