lusihkas.blogspot.com - Subsidi untk minyak petrol RON95 dan diesel akan dihapuskan dan harga akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti harga pasaran global mulai 1 Disember ini.
Keputusan Kabinet untk menetapkan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ni merupakan langkah terbaik mengatasi inflasi dan kemelut kos sara hidup rakyat yg sangat mengganas sekarang ini.
Melalui pengapungan terkawal ni kerajaan akan menentukan harga RON95 dan Diesel mengikut kaedah RON97 iaitu bergantung kepada pengiraan harga semasa selama 3-6 bulan sekali.
Ini bermakna sungguhpun subsidi telah ditarik balik, petrol dan diesel masih merupakan barang kawalan dan tak boleh ditentukan oleh peruncit sesuka hati seperti di kebanyakan negara lain. Adalah dijangka penghapusan subsidi ni tak membabitkan sebarang perubahan harga dlm masa terdekat ini.
Dalam masa yg sama, kaedah ni mengelakkan peruncit menaikkan harga berulang kali tiap kali kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi Petrol tetapi tak menurunkan harga apabila harga petrol diturunkan.
Ketika mengumumkan keputusan kabinet ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, berikutan itu harga kedua-dua harga bahan bakar api itu akan dilaksanakan sama seperti harga runcit RON97 yg telah dibuat sejak Julai 2010.
Bagaimanapun, jika paras harga RON 95 dan Diesel dunia melebihi harga maksimum yg ditetapkan, maka kerajaan perlu memberi subsidi sementara sehingga ia kembali ke paras yg realistik.
Melalui kaedah penetapan harga maksimum ini, ia akan memudahkan rakyat, peniaga dan usahawan merancang bajet dan perbelanjaan mereka serta menetapkan harga barangan.
Ini sekaligus mengelak kenaikan harga yg berlipat kali ganda tiap kali perubahan harga petrol.
Mungkin jg dlm mengurangkan bebanan subsidi ketika harga RON95 dan Diesel melambung tinggi, maka kerajaan perlu mewujudkan stok penimbal sendiri bagi membolehkan ia mengawal harga pasaran dlm negara selama beberapa tahun.
Membenarkan RON95 menjadi tak stabil jg tak bagus kepada negara biarpun ia menjimatkan kos pengurusan subsidi.
Ini akan menggalakan inflasi dan perbelanjaan syarikat dan individu di luar jangkaan kerana harga minyak dunia sendiri tak stabil dan bergantung kepada manipulasi pasaran.
0 Response to "Subsidi Petrol Ron95 & Diesel Akan Dihapuskan Mulai 1 Disember - Foto"
Post a Comment