This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Video: Kalau Tak Tahan Hidup di Bandar, Balik Kampung Tanam Jagung - Menteri - Status

Video: Kalau Tak Tahan Hidup di Bandar, Balik Kampung Tanam Jagung - Menteri



lusihkas.blogspot.com - "Jika rakyat mahu kembali ke kampung, saya adlh manusia yg paling gembira di dunia. Pulang semula ke kampung, jaga anak, sudah ada 4G juga".

"Alhamdullilah, jika berlaku migrasi ke kampung, itu yg saya mahu. Terlalu banyak orang ke bandar sekarang. Tekanan terlalu tinggi untk tinggal di bandar (sistem perbandaran). Masalah perumahan, pencemaran, gelandangan, hospital, kesesakan jalan dan semua ni akan lebih memudahkan jika rakyat mahu kembali ke kampung, tanam jagung dan cili".

Itu yg dikatakan oleh menteri perumahan, kesejahteraan bandar & kerajaan tempatan, Abdul Rahman Dahlan.

Kenyataan tersebut dipetik menerusi satu sesi temubual bersama Astro Awani ;


Rakaman video berkenaan berlegar-legar di beberapa page dan fb personal terutamanya di kalangan pembangkang dan pro Mahathir.

Walaubagaimanapun, kenyataan itu sekali lagi mencetuskan kontroversi kepada menteri berkenaan apabila rata-rata netizens mengkritik kenyataan tersebut di laman sosial.

- Orang datang ke bandar sebab nak cari kerja, tambah pendapatan untk ubah nasib, menteri suruh patah balik ke kampung? Menteri nak bagi kerja ke?

- Balik kampung tanam jagung, tanam cili? Tanah sapa bagi? Modal cari mana? Menteri sedia semua?

- Peluang pekerjaan dan gaji berbeza antara kampung dan bandar. Cuba fikir dulu kenapa ramai orang berhijrah ke bandar.

- Bukan semua yg kita belajar, pekerjaan tu ada di kampung-kampung. Aku sekeh jg menteri neh karang.

- Kampung ada 4G? Kampung mana? Kampung aku takde pun !!!.

- Apa ko ingat orang bandar tak jaga anak ke yg suruh orang balik kampung dan besarkan anak-anak? Tolol!

- Apa 4G besar sangat ke sampai itu jadi modal suruh orang balik kampung? Orang nak kemajuan dan peluang pekerjaan yg lebih baik. Tak payah menyuruh sangat la. Ko dulu balik kampung.

- Kejap suruh balik kampung, kejap kata dah takde kampung dah sekarang, mana satu dia cakap betul. Elok masuk hospital Tanjung Rambutan la. Dah melambai2 dah tu.

- Ahmad Maslan tepuk tangan, dah ada yg jadi pengganti dia.

- Menteri bercakap tentang gelandangan, kesesakan jalanraya dan perumahan, itu membuktikan kementerian berkenaan gagal menyelesaikan masalah-masalah berbangkit, sudah la gagal, disuruhnya pula orang balik ke kampung. Bukan nak betulkan kegagalan dia, sebaliknya lari dari menyelesaikan masalah. Level menteri Malaysia.

- Tak payah balik kampung, sekarang neh aku dah tanam cili kat rumah bandar. Jemput datang ke rumah aku. Aku nak cili mulut Rahman Dahlan.

- Lepas neh bila kampung sesak dia suruh duduk kat mana? Atas laut, dlm bot? BODOH!!!!

- Gembira di dunia? Memang la gembira kalau org ramai2 balik kampung dia makan gaji buta la takde kerja nak uruskan masalah orang bandar.

Sebelum neh Abdul Rahman Dahlan yg jg Pakar Strategi BN menyarankan agar pengguna lebuhraya bangun lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan tol dan membuat pilihan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing, tapi cadangan berkenaan dikritik hebat oleh netizens sehingga menteri berkenaan menjadi bahan cacian dan troll di media sosial.

Video: Kalau Tak Tahan Hidup di Bandar, Balik Kampung Tanam Jagung - Menteri

other source : http://lintas.me, http://news.detik.com, http://media-info-semasa.blogspot.com

0 Response to "Video: Kalau Tak Tahan Hidup di Bandar, Balik Kampung Tanam Jagung - Menteri - Status"

Post a Comment

Contact

Name

Email *

Message *