lusihkas.blogspot.com - Seorang wanita di sini mencipta sebuah jam penggera yg boleh mengejutkan seseorang yg sedang tidur dgn menampar mukanya baru-baru ini.
Simone Giertz, 25, yg merupakan peminat robot mencipta mesin yg dipanggil Mesin Bangun Tidur itu di rumah terapungnya menggunakan jam penggera tradisional dgn lengan getah bermotor yg dilekatkan pd dinding.
Jam yg diletakkan berhampiran katil akan menampar muka individu yg sedang tidur berulang kali menggunakan lengan bermotor itu apabila penggera dimatikan.
Melalui satu rakaman video yg dimuat naik di laman kongsi video, YouTube, Giertz menjelaskan bagaimana untk menggunakan mesin yg agresif terbabit dan berkata dia mendapat idea itu daripada tangan palsu berdarah yg digunakan untk festival Halloween.
Dia telah menghilangkan darah pd lengan getah itu kerana berpendapat terjaga dari tidur akibat ditampar sudah cukup menakutkan.
Jam yg amat diperlukan oleh tiap orang, komen seorang pengguna internet. - AGENSI
other source : http://isukakipanas.blogspot.com, http://google.com, http://youtube.com
0 Response to "Jam Penampar, Khas untuk Mereka yang Susah Bangun Tidur"
Post a Comment